KUALA LUMPUR: Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 50 unit sumbu badak sumbu, hidupan liar yang dilindungi tanpa permit khas, tiga tahun lepas.
Mohamad Sukry Wahab, 29, dan Muhammad Hafiszan Naser, 29, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa bersama-sama menyimpan tanpa permit khas 49 unit sumbu square-lipped rhinoceros (Ceratotherium simum) dan satu unit sumbu black rhinoceros (Diceros bicornis) iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam lori di tepi jalan, bulatan masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 9.15 malam, 9 Sept 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 68(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah menetapkan 24 April ini untuk fakta kes dan jatuh hukum.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Perhilitan Cheras Wan Nur Muhammad Ehsan manakala kedua-dua OKS diwakili peguam Aqeeb Lizalman dan Abdul Aziz Hamzah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 50 unit sumbu badak sumbu, hidupan liar yang dilindungi tanpa permit khas, tiga tahun lepas. - Gambar hiasan
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Dua rakan mengaku salah simpan 50 unit sumbu badak sumbu tanpa permit khas
Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 50 unit sumbu badak sumbu, hidupan liar yang dilindungi tanpa permit khas, tiga tahun lepas.
Bunuh: Terlepas hukuman gantung, 2 rakan dipenjara 5 tahun
Dua rakan terlepas hukuman gantung di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan membunuh seorang lelaki tanpa niat.
Dua rakan didakwa tipu skim perumahan, pelaburan babitkan RM326,500
Dua rakan didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung skim perumahan dan pelaburan membabitkan kerugian RM326,500, dua tahun lepas.
Kerat telinga sampai putus, dua sahabat dilepas tanpa bebas
Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini membebas tanpa melepaskan dua rakan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki dengan mengerat telinganya, pada Disember 2015 lalu.